BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 1, 2011

Wad Denggi Hospital Pulau Pinang...



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Nak dijadikan cerita la kan, Baby jatuh sakit. Demam panas ni sampai nak pergi kerja pun tak larat. Bila officemate tengok keadaan Baby teruk depa suruh la Baby balik rumah berehat. Masalahnya Baby nak drive balik pun tak larat nie. Baby tunggu jugak sampai 6.30 baru Baby gerak balik rumah. Esok nya tu Baby pergi klinik panel. Baby gagahkan jugak diri Baby pergi kerja sebab ingatkan demam biasa.

Selepas dah 5 hari Baby demam panas tak jugak hilang, pada 4hb Oktober Baby pergi la Hospital Pulau Pinang. Kawan offerkan diri untuk hantar Baby ke hospital. Setelah doktor lakukan pemeriksaan darah semua, doktor syak Baby dijangkiti demam denggi. Baby di tahan di Wad Denggi Hospital Pulau Pinang. Bermula la detik kesakitan sebab asyik kena cukuk ambil darah je, sakit tau sampai lebam tangan Baby dibuatnya tau...

Baby ditahan selama 4hari 3 malam, hari khamis Baby dibenarkan keluar hospital. Masa tu la Baby rasa bertenaga semula setelah demam pun hilang denggi pun hilang. Rasa penat tu masih la ada tapi tak la seteruk masa kena denggi tu hehehe...

Doktor bagi cuti sampai la kepada pemeriksaan lanjut pada 11 hb Oktober.. Syok jugak cuti lama-lama kan hehehehe...

0 comments: