Pesta Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong memang meriah jugak pada tahun ini. Banyak jugak gerai yang disediakan. Baby pergi ke pesta pada 4 & 5 hb Disember yang lepas. Dua malam berturut-turut tu hehehe..
Pada 4hb tersebut lepas je memenuhi jemputan kenduri kahwin kawan di Parit Buntar, Baby balik ke rumah untuk tukar baju dan terus gerak ke tapak pesta. Masa baby sampai tu parking lot semua dah penuh. Baby dapat parking kereta hujung-hujung je. Nasib ada jugak kan.
Malam ni Baby lebih kepada jalan-jalan tengok apa yang menarik yang dijual atau disediakan pada pesta tahun ini.
Pada 5hb, Baby sekali lagi pergi ke Pesta Pulau Pinang. Rasa tak puas plak pergi semalam hehe... Selepas selesai menonton wayang cerita Barbie : Rapunzel 3D, Baby terus pergi ke tapak pesta. Kali ini Baby ada main beberapa permainan, rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak plak kan hehe.. Baby tak main la permainan yang buaian pusing laju-laju tu dan beberapa permainan lain yang menggerunkan. Rasa gerun plak tengok orang ramai naik jerit-jerit semua hehe..
Baby ada jugak beli beberapa helai pakaian yang menarik dan murah-murah belaka disini. Bila dah penat main, perut pun rasa lapar la kan. Baby pergi la ke gerai tomyam Thai yang disediakan. Memang mantap habis la tomyam yang dijual disitu. Tak pernah lagi Baby makan tomyam sebegini sedap. Baby makan 2 mangkuk tomyam tau. Tu pun rasa macam nak je tambah 1 mangkuk lagi. Baby makan pulut mangga jugak. Memang balik dari pesta dok terbayang-bayang lagi tomyam tersebut..
Esok last day Pesta Pulau Pinang, Baby akan pergi lagi, nak makan tomyam. Dah terliur ni hehehehe...

0 comments:
Post a Comment