Hari Raya Aidiladha menjelma kembali. Bagi yang mampu mengerjakan ibadat haji, alakah beruntung nya mereka kerana dapat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Insyaallah satu hari nanti Baby akan pergi jugak untuk menunaikannya.
Hari Raya Haji kali ini Baby tak melakukan ibadat korban seperti tahun yang lepas. Pada petang hari raya Baby dan family pergi ke rumah along untuk beraya. Elok je sampai rumah along, kosong la plak rumahnya. Mama hubungi along rupa-rupanya along dalam perjalanan ke rumah kami plak hehe.. Kelakar kan, ada kemudahan telekomunikasi canggih pun masih ada yang termiss hehehe...
Jadi along pun patah la balik ke rumah nya. Dapat la kami beraya dengan along sekaligus makan makan yang disediakan. Along Baby ni pandai memasak. Selesai menjamu selera dan beraya kami pun gerak la balik ke rumah.

0 comments:
Post a Comment