BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 1, 2011

Pesta Pulau Pinang 2010...



Pesta Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong memang meriah jugak pada tahun ini. Banyak jugak gerai yang disediakan. Baby pergi ke pesta pada 4 & 5 hb Disember yang lepas. Dua malam berturut-turut tu hehehe..

Pada 4hb tersebut lepas je memenuhi jemputan kenduri kahwin kawan di Parit Buntar, Baby balik ke rumah untuk tukar baju dan terus gerak ke tapak pesta. Masa baby sampai tu parking lot semua dah penuh. Baby dapat parking kereta hujung-hujung je. Nasib ada jugak kan.

Malam ni Baby lebih kepada jalan-jalan tengok apa yang menarik yang dijual atau disediakan pada pesta tahun ini.

Pada 5hb, Baby sekali lagi pergi ke Pesta Pulau Pinang. Rasa tak puas plak pergi semalam hehe... Selepas selesai menonton wayang cerita Barbie : Rapunzel 3D, Baby terus pergi ke tapak pesta. Kali ini Baby ada main beberapa permainan, rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak plak kan hehe.. Baby tak main la permainan yang buaian pusing laju-laju tu dan beberapa permainan lain yang menggerunkan. Rasa gerun plak tengok orang ramai naik jerit-jerit semua hehe..

Baby ada jugak beli beberapa helai pakaian yang menarik dan murah-murah belaka disini. Bila dah penat main, perut pun rasa lapar la kan. Baby pergi la ke gerai tomyam Thai yang disediakan. Memang mantap habis la tomyam yang dijual disitu. Tak pernah lagi Baby makan tomyam sebegini sedap. Baby makan 2 mangkuk tomyam tau. Tu pun rasa macam nak je tambah 1 mangkuk lagi. Baby makan pulut mangga jugak. Memang balik dari pesta dok terbayang-bayang lagi tomyam tersebut..





Esok last day Pesta Pulau Pinang, Baby akan pergi lagi, nak makan tomyam. Dah terliur ni hehehehe...

Kenduri Kawan di Parit Buntar...





Pada 4 Disember yang lepas, Baby pergi ke Parit Buntar Perak untuk menghadiri kenduri kahwin kawan Baby di Dewan Millenium. Pertama kali jugak Baby datang ke sini. Jenuh jugak Baby mencari tempat yang kenduri tersebut. Cari punya cari akhirnya jumpa la jugak.

Baby sampai kena dengan masa nya, pasangan pengantin baru nak menjamu selera. Elok je Baby nak melangkah ke meja buffet untuk mengambil makanan, family kepada pasangan pengantin menjemput Baby untuk menjamu selera di meja tetamu yang disediakan. Malu jugak Baby dibuatnya hehehe.. Dah tuan rumah yang jemput, tak manis plak untuk menolak kan, jadi Baby duduk dan makan la di meja yang disediakan. Tak payah nak beratur kan hehehe.. Tu la namanya rezeki :-)

Hari Raya Aidiladha 2010...



Hari Raya Aidiladha menjelma kembali. Bagi yang mampu mengerjakan ibadat haji, alakah beruntung nya mereka kerana dapat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Insyaallah satu hari nanti Baby akan pergi jugak untuk menunaikannya.

Hari Raya Haji kali ini Baby tak melakukan ibadat korban seperti tahun yang lepas. Pada petang hari raya Baby dan family pergi ke rumah along untuk beraya. Elok je sampai rumah along, kosong la plak rumahnya. Mama hubungi along rupa-rupanya along dalam perjalanan ke rumah kami plak hehe.. Kelakar kan, ada kemudahan telekomunikasi canggih pun masih ada yang termiss hehehe...

Jadi along pun patah la balik ke rumah nya. Dapat la kami beraya dengan along sekaligus makan makan yang disediakan. Along Baby ni pandai memasak. Selesai menjamu selera dan beraya kami pun gerak la balik ke rumah.

Dino Trek 2...



Bertempat di Jusco AEON Seberang Perai telah diadakan pameran Dino Trek 2. Jom tengok dinasour hehe.. Memang seronok la Baby masuk pameran tu. Banyak info yang Baby dapat tentang dinasour, asal usul dinasour semua. Memang rugi la kalau sapa yang tak datang tengok terutama kanak-kanak. Banyak yang boleh mereka pelajari dengan datang ke pameran ini.

Ada jugak mainan interaktif yang disediakan. Bukan sebarang mainan la kan, tapi pada masa yang sama dapat menguji minda serta pengetahuan kita mengenai zaman purba dan era kewujudan dinasour ni. Memang banyak la info yang Baby dapat dari pameran ni. Kalau ada lagi pameran sebegini Baby akan pergi lagi hehe... Enjoy ;-)

Le Tour de Melaka...





Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Pada 23hb Oktober yang lepas, Baby berpeluang pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Memang bersejarah pun sebab ini la pertama kali Baby menjejakkan kaki ke negeri Melaka. Baby mula gerak pada jam 9 pagi. Perjalanan ambil masa 5 jam jugak untuk sampai ke Kuala Lumpur. Setelah berhenti rehat, Baby meneruskan perjalanan ke Melaka. Elok je sampai di Seremban hujan turun dengan lebat nya sampai la Baby sampai di tempat penginapan Baby di A Famosa Resort. Jauh jugak ke dalam ye tempat ni. Baby dapat menginap disini murah jugak 1 malam cuma rm13 je, murah kan hehehe Baby beli pakej ni masa Matta Fair.

Baby sampai di A Famosa Resort pada jam 3.30 petang. Baby rehat jap sebab malam tersebut Baby nak masuk Cowboy Town. Nak tengok koboi malaysia malam tu hehe.. Walaupun hujan turun renyai-renyai ramai jugak yang hadir. Kebetulan bulan 10 kan bulan halloween, semua dekorasi tempat tu ala-ala halloween la, nak bagi seram macam tu kan. Cantik jugak depa hias tempat tu.

Baby menyaksikan perarakan koboi dan juga binatang-binatang. Terhibur la jugak Baby malam tu walaupun penat perjalanan tu belum hilang lagi. Selepas selesai perarakan Baby balik ke bilik untuk berehat untuk jalan-jalan pada keesokan harinya.







Ahad 24 Oktober 2010

Hari ini Baby bangun awal pagi, siapkan diri untuk keluar bersiar-siar di Bandar Melaka. Dok belajar je dalam sejarah masa sekolah dulu, teringin la jugak kan nak tengok peninggalan sejarah ni semua. Baby gerak dari resort pada jam 10 pagi. Dalam 30 minit perjalanan Baby pun sampai la di Bandar Melaka. Ramai nya orang arini. Hari Ahad kan biasa la mesti la ramai orang. Selepas dapat tempat parking kereta, Baby pun jalan-jalan la. Tengok macam naik beca pun menarik jugak so Baby pun naik je la beca, jimat masa dan tenaga hehehe...

Baby pun dibawa la pusing ke pokok melaka, A Famosa dan banyak la tempat-tempat sejarahnya disekililing kawasan tersebut. Last sekali Baby pergi ke Muzium Samudera. Masuk dalam kapal lama la katakan hehe.. Baby sempat jugak la beli barangan cenderamata untuk diberikan kepada kawan-kawan pejabat dan sedara mara. Sambil jalan-jalan tu memang Baby tak lupa la untuk bergambar, favourite Baby la katakan hehe...

Setelah menaiki beca, Baby meneruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan. Pergi window shopping je sambil cari tempat untuk lunch. Almaklum la perut dah lapar ni dengan tak breakfast nya lagi. Last-last Baby ambil keputusan makan di Secret Recipe Mahkota Parade, sebab Dataran Pahlawan takde Secret Recipe hehehe... Selepas menjamu selera Baby ambil keputusan untuk balik ke Resort berehat terlebih dahulu. Perut dah kenyang apalagi mata pun mai mengantuk la hehe...







Sesi Petang, 24hb Oktober 2010...

Setelah berehat, badan pun segar kembali, jadi semangat la sikit untuk keluar kan. Setelah selesai bersiap, Baby pun bergerak la ke Umbai, apalagi untuk makan ikan bakar la. Orang cakap kalu mai Melaka ni tak lengkap kalau tak makan ikan bakar melaka ni. Baby sampai sana pada jam 7.30 malam. Baby makan di Nakhoda Seafood. Dapat duduk bersila puas la sikit makan kan, adat ketimuran la kita ni kan. Baby order ikan bakar, sotong goreng. tomyam seafood dan macam-macam lagi la. Memang makan puas la malam tu sampai nak bangun pun tak larat hehe...

Selepas selesai makan, Baby gerak semula ke Bandar Melaka. Baby nak naik Night Cruise menyulusuri Sungai Melaka. Masa Baby sampai tu, ramai la jugak yang beratur membeli tiket. Setelah beratur menunggu giliran, akhirnya Baby dapat la naik bot yang disediakan. Memang cantik la segala dekorasi lampu di sepanjang sungai melaka tersebut. Dengan rumah-rumah dihiasi cahaya lampu memang marvelous la.

Selepas menaiki bot, Baby pun pusing-pusing la Bandar Melaka untuk melihat suasana malam di sini. Seronok dan cantik Bandar Melaka ni. Puas hati la datang Melaka ni. Baby pun pulang ke resort untuk berehat.






Isnin 25 Oktober 2010

Pagi ni adalah hari terakhir Baby di Melaka, Baby kemas barang-barang Baby supaya tiada apa yang tertinggal. Almaklum la jauh bukannya dekat Melaka dengan Pulau Pinang ni. Stelah siap semuanya, Baby check-out resort pada jam 11 pagi menuju ke Ikea pulak. Baby ada nak beli barang sikit untuk kelengkapan rumah Baby.

Baby sampai di Ikea pada jam 2 petang. Selepas membeli barang keperluan yang dihajati, Baby gerak pula ke Sunway Pyramid. Saja je jalan-jalan window shopping di Sunway Pyramid. Bila nak tiba waktu dinner Baby pergi ke Restoran Terapung di Tasik Shah Alam. Sambil makan sambil bagi ikan makan hehehe..

Setelah selesai Baby menjamu selera Baby gerak pulang ke Pulau Pinang. Memang balik dalam keadaan relax tak laju sebab Baby memang nak bagi sampai subuh dan terus siap-siap pergi kerja....

Kenduri Kahwin Sepupu...






Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Pada 9hb Oktober yang lepas, sepupu rapat Baby telah selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan beliau dengan pasangannya yang bertempat di Dewan Sri Pinang. Baby yang kebetulan baru dua hari discharge dari hospital pun datang la kenduri sepupu bagi meraikan majlis tersebut. Nanti tak mai dia merajuk plak dengan Baby hehehe.. Gurau je Dayah ye ;-)

Majlis bermula pada jam 3 petang. Sampai je terus la makan dulu sementara menunggu ketibaan pasangan pengantin. Baby yang baru je baik demam makan ala kadar je sebab masih tak lalu lagi nak makan.

Pasangan pengantin mengenakan 4 pasang baju, cantik-cantik jugak pakaian yang mereka pilih. Ni yang jeles ni hehehe... Baby sempat la jugak menepung tawar untuk pasangan pengantin. Pertama kali Baby lakukan, gabra la jugak takut tersilap renjis hehehe...

Baby tunggu sampai habis majlis la jugak baru la gerak pulang. Majlis tamat pun dekat pukul 8 lebih dah masa tu. Almaklumla nak balik jauh ni over the sea hehe...

Wad Denggi Hospital Pulau Pinang...



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Nak dijadikan cerita la kan, Baby jatuh sakit. Demam panas ni sampai nak pergi kerja pun tak larat. Bila officemate tengok keadaan Baby teruk depa suruh la Baby balik rumah berehat. Masalahnya Baby nak drive balik pun tak larat nie. Baby tunggu jugak sampai 6.30 baru Baby gerak balik rumah. Esok nya tu Baby pergi klinik panel. Baby gagahkan jugak diri Baby pergi kerja sebab ingatkan demam biasa.

Selepas dah 5 hari Baby demam panas tak jugak hilang, pada 4hb Oktober Baby pergi la Hospital Pulau Pinang. Kawan offerkan diri untuk hantar Baby ke hospital. Setelah doktor lakukan pemeriksaan darah semua, doktor syak Baby dijangkiti demam denggi. Baby di tahan di Wad Denggi Hospital Pulau Pinang. Bermula la detik kesakitan sebab asyik kena cukuk ambil darah je, sakit tau sampai lebam tangan Baby dibuatnya tau...

Baby ditahan selama 4hari 3 malam, hari khamis Baby dibenarkan keluar hospital. Masa tu la Baby rasa bertenaga semula setelah demam pun hilang denggi pun hilang. Rasa penat tu masih la ada tapi tak la seteruk masa kena denggi tu hehehe...

Doktor bagi cuti sampai la kepada pemeriksaan lanjut pada 11 hb Oktober.. Syok jugak cuti lama-lama kan hehehehe...

Hari Raya Aidilfitri 2010...




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Lamanya Baby tak berblog ni, banyak sangat yang terjadi dan masa pun takde nak update blog. Jom baby flash back balik sambungan dari tarikh yang lepas..

Lepas dah shopping untuk hari raya, kini sampai la masa untuk berhari raya. Mungkin bagi orang lain hari raya la hari yang paling syok kan, terutama bagi kanak-kanak.
Masa ni la budak-budak ni jalan dari satu rumah ke satu tumah untuk mengutip duit raya. Bagi Baby bila dah pada usi sekarang ni sambutan raya tu rasa biasa je tak segembira masa zaman Baby budak-budak dulu.. hehehe...

Raya kali ini, Baby disebelah pagi selepas bangun tidur siap-siap la rumah manatau ada tetamu mai nak beraya kan. Selepas mandi sunat hari raya Baby pun pakai la baju raya Baby yang mana tema nya berwarna biru turqoise hehe.. Bila lagi kan nak bergaya masa raya ni la..