BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 27, 2010

Tugasan Luar...



Hari ini Baby ada menjalankan tugasan luar. Baby membantu Promotion Department untuk edarkan borang penyertaan pertandingan futsal. 3-A-Side Soccer Competition yang akan diadakan pada 19-20 June 2010 bermula pada jam 8 pagi.

Sebagai seorang pemandu berhemah la katakan, Baby la yang kena drive arini. Baby pergi bertiga bersama Sarah & Amanda. Kami pergi dengan kereta company, Kembara.

Destinasi pertama kami adalah ke Balai Polis Petani Road. Selepas itu kami pergi ke Stadium Bolasepak Pulau Pinang, Inti College Bukit Jambul, Gembira Parade dan akhir sekali ke Northam Tower.

Penat la jugak, ye la cuaca pun panas kan. Tapi seronok pun ada jugak, dari duduk je office takde buat pape baik buat tugasan luar kan hehe...

0 comments: