BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 17, 2010

Maybank Opening






Hari ini berlakunya peristiwa "Hari Ini Dalam Sejarah" dimana Maybank telah membuka cawangan barunya di tempat Baby bekerja. Sebenarnya mereka hanya berpindah dari lokasi asal iaitu dari cawangan Maybank Jalan Dato' Keramat. Mungkin bagi memberi keselesaan kepada para pengguna perkhidmatan Maybank dari segi parking ke, sambil shopping boleh buat urusan bank ke. Jadi sebab itu lah pada pandangan Baby mereka berpindah ke lokasi baru. Ada la sedikit majlis perasmian cawangan baru dan juga sedikit jamuan bagi menjamu para hadirin yang datang.

Baby ditugas kan untuk mengambil gambar bagi majlis tersebut. Tapi biasa la kan takkan nak ambil gambar orang lain je kan, Baby pun nak jugak bergambar sekali hehe..

Dah lama jugak Baby tak pergi ke bank ni sebenarnya. Tak sedar sejak bila plak maybank ni dah ada uniform. Macamana nak pergi, masa rehat 1 jam je, bank plak jauh. Ini dengan ada nya kemudahan bank mudah la Baby nak berurusan lepas nie. Tak perlu pergi jauh-jauh....

0 comments: