Assalamualaikum...
Kelmarin hari Ahad, Baby dan family berkonvoi untuk pergi melawat tok Baby yang tak berapa sihat akibat jatuh. Patah la jugak tangan tok Baby tu kat bahagian sebelah tangan kanan. Umur tok Baby pun dah 80 tahun lebih.
Mengikut perancangan awal kami nak gerak dari rumah pukul 11 pagi. Tunggu Along tak mai pun lagi kami pun tunda ke pukul 12 nak gerak. Tengok pukul 12 Along tak jugak sampai lagi kami gerak dulu. Kami singgah makan tengahari di R&R Juru. Elok sampai di R&R Bukit Merah Along mesej bagitau baru nak gerak dari rumah jadi kami pun tunggu la sampai kat R&R Bukit Merah tu. Along lambat sebab kat kawasan perumahan ada gotong royong. Lama la jugak menunggu Along hampir 1 jam. Bila along dah sampai bagi depa rehat jap kemudian kami teruskan perjalanan ke Ipoh.
Kami sampai kat rumah makcik Baby ni pukul 3.15 petang. Kami terus tengok keadaan tok sambil bersembang bertanyakan hal tok. Selepas melawat tok, kami pergi ke rumah baru makcik yang bakal didiami nanti. Ye la lepas ni nak melawat tok tak la susah nak mencari tempatnya. Bila-bila masa je rumah tu boleh didiami.
Sebelum kami gerak balik Penang, kami jumpa tok sekali lagi. Kami gerak balik dalam pukul 6.30 ptg. On the way balik tu kami singgah makan malam sekali lagi dekat R&R Bukit Merah. Selesai menjamu selera kami gerak balik dan sampai rumah pukul 10 malam. Penatnya badan walaupun jadi co-pilot hehe...

0 comments:
Post a Comment