Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...
Pada jumaat minggu lepas Baby pergi la tengok wayang cerita Mantra, ingat seram la sangat sebab tengok depa punya the making tu. Tapi sangat la mengecewakan, tak syok langsung cerita nye, tak seram langsung. Patut la wayang masa tu pun tak ramai orang. Habis cerita tu Baby jalan-jalan dalam Jusco sebelum pulang ke rumah.
Hari Sabtu pula, Baby siap-siap untuk pergi ke Sungai Petani, nak enjoy kat The Carnival. Baby bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi. Dalam 30 minit perjalanan Baby sampai la kat The Carnival. Baby tak masuk pun tempat main air tu semua sebab tak minat sangat aktiviti tu. Baby pergi sana untuk tengok tempat dan bergambar je hehe..
Selepas selesai bergambar, Baby pun pergi pulak ke Cinta Sayang Resort untuk lunch. Baby lunch kat Sayang Restaurant. Makanan kat situ sedap dan murah. Berbaloi la kalau pergi makan kat situ. Selesai je lunch Baby pergi ke Tanjung Dawai beli ikan masin almaklumlah bulan puasa kan dah dekat. Pekena ikan masin bulan puasa ni sedap nya hehe...
Baby kemudiannya gerak la balik Penang dan terus ke Batu Feringghi pulak. Saja nak tengok suasana senja kat sana. Dari Batu Feringghi Baby ingat nak duduk bersantai kat area Gurney, punya la banyak kereta sampai nak parking pun takde tempat. Last dah malas nak cari parking Baby pun pergi je la ke Padang Kota. Jalan-jalan sat kat sana ambil udara malam sebelum Baby pi pekena pasembur Padang kota, sedap. Selesai je makan Baby pun gerak la balik rumah.
Keesokan hari nya, iaitu hari Ahad, Baby pergi ke rumah Along untuk ambil kek yang di tempah. Untuk makluman semua Along Baby ni ambil tempahan kuih raya dan kek jugak tau. Nak buat jamuan pun boleh order dari Along Baby ni. Dia masak memang sedap gerenti punya la.
Balik dari rumah Along Baby hantar dulu kek ke rumah sebelum teruskan perjalanan ke Queensbay Mall. Bukan buat apa pun saja je window shopping. Baby makan Mcd GCB sedap jugak kan burger baru mcd ni. Dari Queensbay Baby gerak ke Bukit Jambul pun sama jugak la window shopping je. Kemudian dari Bukit Jambul Baby jumpa kawan baik Baby jap sebelum Baby pergi ke Nasi Kandar Pelita untuk makan malam. Selesai makan malam mata pun dah berat ni, nasib ada driver kalau tak mesti Baby tak larat nak drive balik punya hehe.. Sampai rumah Baby siap-siap la untuk tidur untuk memulakan hari kerja pada Isnin nye. Sebut tentang kerja terus rasa malas nya hehehe...
