Cuti lagi??? Bila kena kerja boring, bila cuti pun boring hehe
Cuti hujung minggu lepas Baby pergi ke Bukit Merah Laketown Resort. Saja pergi makan angin tak tau nak buat apa. Plan dah lama nak pergi ke Bukit Merah tu, akhirnya tercapai jugak la pada Sabtu lepas. Sebelum ni plan nak pergi dengan sepupu, tapi tu la jap jadi jap tak jadi last-last Baby pergi je la dulu hehehe...
Kepada sepupu-sepupu Baby jangan marah aaaa....
Baby bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi macam tu la. Sampai kat Bukit Merah dalam pukul 11 lebih jugak. Kena plak hari panas matahari tengah naik menegak, punya la panas ye la dah tengahari pun kan. Ramai la jugak yang pergi hari tersebut, tengah musim cuti sekolah lagi kan. Masing-masing dengan bawa pelampungnya, baju mandi nye dengan ahli family ramai-ramai nak masuk taman tema air kat Bukit Merah tu. Baby tak minat nak main air tu semua. Jadi Baby decide untuk jalan-jalan je dekat situ tengok pemandangan.
Nak ambil pakej cover 4 empat macam pulau orang utan, skylift semua kena bayar rm55. Baby fikir-fikir balik macam rugi je lagipun cuaca tengah panas kan, nanti berpeluh rasa tak selesa la plak. Jadi nya Baby pun tengok pemandangan dan bergambar dekat area main tu je.
Kebetulan masa Baby datang tu ada Pak Tam Raja Lawak tengah kendalikan show sempena World Cup nie. Lepas dah penat pusing dekat area main tu, Baby pun decide nak lunch la. Perut pun dah lapar tapi dok rasa tak lalu nak makan. Baby lunch dekat Le Lac Cafe. Baby ambil menu ala-carte aje sebab masa tu buffet lunch belum siap lagi. Sementara nak menunggu makanan sampai sempat la Baby bergambar.
Lepas lunch, Baby bergambar di sekitar tasik tengok pemandangan Pulau Orang Utan tu, kemudian Baby pun gerak la nak balik. Baby pergi ke Bukit Merah kali ni lebih kepada nak survey tempat je sebab dengar orang kata best kan. Insyaallah lepas ni kalau Baby ada kesempatan lagi Baby akan datang lagi dengan persiapan dan plan yang lebih rapi lagi hehe...

0 comments:
Post a Comment