Pada 26hb Mac yang lepas, office baby mengadakan lagi jamuan. Jamuan kali ini sempena birthday Mall Consultant Madam Pauline dan juga majlis perpisahan bagi Jolyn, Shila, David, Erin Tang dan Kezo. Happy dan sedih ada jugak masa tu. Ye la kawan2 baby ramai yang beralih angin ke tempat lain huhu...
Seperti biasa, baby la yang menguruskan jamuan tersebut. Menyelerakan tak menu jamuan tu? Kalu ada yang berminat untuk tempahan boleh hubungi baby ye, kena bagi komisen pada baby hehe. Baby bergurau je la pasal tempahan tu ye...
Selepas habis makan menu utama, tiba giliran madam Pauline untuk meniup lilin dan memotong kek. Habis semua dah selesai, apalagi ambil kesempatan untuk bergambar la dengan kawan2 yang akan berpindah untuk kenangan, ye la lepas ni tak tau lagi bila boleh berjumpa kan. Dengan yang tak berpindah pun bergambar jugak hehe...
Untuk Madam Pauline, Happy Birthday...
Untuk Jolyn, Shila, David, Erin Tang & Kezo, All The Best...

0 comments:
Post a Comment