
Wednesday, September 8, 2010
Sunday, September 5, 2010
Persiapan Hari Raya..
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua..
Lama juga Baby tak update blog Baby ni ye hehe.. Takde event yang menarik tu yang tak update blog..
Ok untuk kali ini, Baby nak ceritakan sikit tentang persiapan raya Baby. Almaklumlah kan raya pun dah dekat. Baby buat persiapan ala kadar aje..
Sabtu, 28 Ogos..
Pada hari ini, Baby berkesempatan pergi ke Kuala Lumpur lagi. Kalau dulu Baby pergi untuk bersiar-siar tapi kali ini lebih kepada shopping. Baby naik bas dari stesyen bas. Perajalanan ambil masa 4jam 30 minit juga. Yang buat lambatnya masa nak masuk KL la, punya la jam tak ingat punya. Cuti kan ramai la ambil kesempatan shopping.
Sampai di Hentian Jalan Duta, Baby terus gerak ke Quality Hotel City Centre. Baby sampai rehat-rehat sekejap sebelum keluar untuk shopping. Tempat pertama yang dituju Sogo la apalagi sebab dekat je dengan hotel Baby. Masuk-masuk je Sogo punya la ramai orang. Nak jalan pun susah tu belum nak pilih dan beli barang. Baby pilih dan beli apa yang patut terus balik ke hotel. Tak tahan dan lemas dengan suasana yang ramai orang tu.
Sampai di hotel, Baby terus bersiap untuk berbuka puasa. Kali ini Baby berbuka puasa di The Benteng Quality Hotel. Baby ambil buffet Ramadhan. Penagacara majlis malam tu ialah Dee. Baby turun ke The Benteng pada jam 6.40 petang. Pukul 7 malam masing-masing dah bangun untuk mengambil juadah berbuka. Semua tempat full pada malam tersebut. Macam-macam hidangan Baby ambil, ada satay nasi beriani, tauhu sumbat, kuey tiaow dan macam-malam lagi la. Memang banyak Baby makan pada malam tersebut. Baby tak tunggu sampai habis program walaupun ada cabutan bertuah yang diadakan. Baby terus menuju ke Jalan TAR selepas berbuka. Punya la ramai orang. Baby tengok-tengok je kemudian Baby terus balik ke hotel penginapan untuk berehat.
Ahad, 29 Ogos...
Baby bersahur pada jam 4.30 pagi, makan dekat coffee house bawah hotel tu je sebab dah termasuk package kan, makan aje la hehe...
Program pada hari ini, Baby dah siap-siap dan pada jam 10 pagi Baby pun gerak la menuju ke Midvalley Megamall. Saja gerak awal sikit sebab takut takde parking, jalan jam dan orang pun tak ramai sangat. Selepas dapat apa yang Baby mahukan, Baby gerak ke Alamanda Putrajaya pulak. Baby sampai sana pada jam 2 lebih la lebih kurang. Dekat Alamanda ni orang tak la ramai sangat.
Sekitar jam 5 petang, Baby pun gerak keluar dari Alamanda menuju ke Setiawangsa pulak. Baby dah booking buffet berbuka dekat Sekinchan Ikan Bakar. Ala tempat tu dah 2 kali keluar kat program Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 tu hehe... Dah nama pun buffet. Baby ambil banyak jugak ikan bakar, favourite Baby tu. Ada sotong dan udang bakar jugak. Lauk pauk yang lain pun ada. Penuh meja jugak la Baby ambil hehe..
Selepas selesai berbuka, Baby terus menuju ke KLCC. Dah dekat pun tempat tu dengan KLCC, alang-alang terus je la pergi kan. Kat KLCC Baby leih pada window shopping je sebab kaki dan badan dah penat, tak larat dah. Lepas keluar dari KLCC, Baby pun gerak balik ke hotel untuk berehat.
Isnin 30 Ogos...
Hari ini Baby dah nak balik, Baby check out hotel pada jam 11 pagi. Baby terus menuju ke Kajang untuk pergi ke Butik DzulldeClassique untuk ambil baju raya yang ditempah sebelum ini. Kemudian Baby pergi Metro Kajang dan Kompleks Diamond Bangi.
Dah selesai semua, Baby gerak ke Sunway Pyramid. Baby jalan-jalan dalam Sunway Pyramid sampai terlupa nak book tempat berbuka. Mula-mula plan nak makan kat Kenny Roger's, elok sampai je tempat dah full. Baby jalan-jalan lagi cari tempat dan akhirnya dapat la tempat kat Secret Recipe. Selepas book tempat dan ambil order Baby sambung jalan-jalan sementara menanti waktu berbuka.
Selepas berbuka Baby sambung ronda-ronda dalam Sunway Pyramid nak pilih kasut ni. Kasut yang diidamkan belum dapat lagi, gerammmnyaaaaa... Sampai jam 10 malam kasut yang Baby inginkan belum juga dapat. Masa dah semakin lewat, Baby nak gerak balik Penang ni. Mengantuk tu memang la tapi kena jugak balik malam ni. Baby sampai penang pada jam 4 pagi terus bersahur kat KFC. Lepas bersahur Baby terus balik rumah.
Selasa, 31 Ogos...
Cuti Merdeka arini, Baby pergi ke Sungai Petani saja jalan-jalan tengok apa yang ada. Baby pergi Sg Petani Square dan Tesco. Selepas balik dari Sg Petani, Baby terus menuju ke area Bayan Lepas untuk berbuka. Baby berbuka dekat area Marin medan ikan bakar. Kat situ pun kena book awal. Kalu tak jawabnya memang takde tempat la jawabnya. Nasib Baby book awal. Selepas selesai berbuka, Baby pergi ke Jusco pulak. Saja jalan-jalan hehe..

Posted by ManjaBaby at 9/05/2010 08:30:00 PM 0 comments
Wednesday, July 28, 2010
Le Tour de Penang...
Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...
Pada jumaat minggu lepas Baby pergi la tengok wayang cerita Mantra, ingat seram la sangat sebab tengok depa punya the making tu. Tapi sangat la mengecewakan, tak syok langsung cerita nye, tak seram langsung. Patut la wayang masa tu pun tak ramai orang. Habis cerita tu Baby jalan-jalan dalam Jusco sebelum pulang ke rumah.
Hari Sabtu pula, Baby siap-siap untuk pergi ke Sungai Petani, nak enjoy kat The Carnival. Baby bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi. Dalam 30 minit perjalanan Baby sampai la kat The Carnival. Baby tak masuk pun tempat main air tu semua sebab tak minat sangat aktiviti tu. Baby pergi sana untuk tengok tempat dan bergambar je hehe..
Selepas selesai bergambar, Baby pun pergi pulak ke Cinta Sayang Resort untuk lunch. Baby lunch kat Sayang Restaurant. Makanan kat situ sedap dan murah. Berbaloi la kalau pergi makan kat situ. Selesai je lunch Baby pergi ke Tanjung Dawai beli ikan masin almaklumlah bulan puasa kan dah dekat. Pekena ikan masin bulan puasa ni sedap nya hehe...
Baby kemudiannya gerak la balik Penang dan terus ke Batu Feringghi pulak. Saja nak tengok suasana senja kat sana. Dari Batu Feringghi Baby ingat nak duduk bersantai kat area Gurney, punya la banyak kereta sampai nak parking pun takde tempat. Last dah malas nak cari parking Baby pun pergi je la ke Padang Kota. Jalan-jalan sat kat sana ambil udara malam sebelum Baby pi pekena pasembur Padang kota, sedap. Selesai je makan Baby pun gerak la balik rumah.
Keesokan hari nya, iaitu hari Ahad, Baby pergi ke rumah Along untuk ambil kek yang di tempah. Untuk makluman semua Along Baby ni ambil tempahan kuih raya dan kek jugak tau. Nak buat jamuan pun boleh order dari Along Baby ni. Dia masak memang sedap gerenti punya la.
Balik dari rumah Along Baby hantar dulu kek ke rumah sebelum teruskan perjalanan ke Queensbay Mall. Bukan buat apa pun saja je window shopping. Baby makan Mcd GCB sedap jugak kan burger baru mcd ni. Dari Queensbay Baby gerak ke Bukit Jambul pun sama jugak la window shopping je. Kemudian dari Bukit Jambul Baby jumpa kawan baik Baby jap sebelum Baby pergi ke Nasi Kandar Pelita untuk makan malam. Selesai makan malam mata pun dah berat ni, nasib ada driver kalau tak mesti Baby tak larat nak drive balik punya hehe.. Sampai rumah Baby siap-siap la untuk tidur untuk memulakan hari kerja pada Isnin nye. Sebut tentang kerja terus rasa malas nya hehehe...

Posted by ManjaBaby at 7/28/2010 10:53:00 AM 0 comments
Monday, July 19, 2010
Kedai Jam Global Timepiece...
Assalamualaikum....
Penat nye baby arini, penat berjalan semalam pun tak abis lagi. Lepas lunch td Aida teman sepejabat Baby ajak teman dia pergi tengok jam untuk dibuat hantaran perkahwinan dia nanti.
Dlm PTS ni ada sebuah kedai jam Global Timepiece, kebetulan kedai ni tengah buat clearance sale ada yang 50% untuk semua jenis jam yang ada situ. Baby pun tolong gak la pilih jam mana yang cantik untuk Aida.
Bagi yang belum ada jam lagi atau untuk dibuat hadiah boleh la datang ke Global Timepiece nie. Baby tolong promote je, tak dapat komisen pun jangan risau hehehe...

Posted by ManjaBaby at 7/19/2010 12:55:00 PM 0 comments
Melawat Tok...
Assalamualaikum...
Kelmarin hari Ahad, Baby dan family berkonvoi untuk pergi melawat tok Baby yang tak berapa sihat akibat jatuh. Patah la jugak tangan tok Baby tu kat bahagian sebelah tangan kanan. Umur tok Baby pun dah 80 tahun lebih.
Mengikut perancangan awal kami nak gerak dari rumah pukul 11 pagi. Tunggu Along tak mai pun lagi kami pun tunda ke pukul 12 nak gerak. Tengok pukul 12 Along tak jugak sampai lagi kami gerak dulu. Kami singgah makan tengahari di R&R Juru. Elok sampai di R&R Bukit Merah Along mesej bagitau baru nak gerak dari rumah jadi kami pun tunggu la sampai kat R&R Bukit Merah tu. Along lambat sebab kat kawasan perumahan ada gotong royong. Lama la jugak menunggu Along hampir 1 jam. Bila along dah sampai bagi depa rehat jap kemudian kami teruskan perjalanan ke Ipoh.
Kami sampai kat rumah makcik Baby ni pukul 3.15 petang. Kami terus tengok keadaan tok sambil bersembang bertanyakan hal tok. Selepas melawat tok, kami pergi ke rumah baru makcik yang bakal didiami nanti. Ye la lepas ni nak melawat tok tak la susah nak mencari tempatnya. Bila-bila masa je rumah tu boleh didiami.
Sebelum kami gerak balik Penang, kami jumpa tok sekali lagi. Kami gerak balik dalam pukul 6.30 ptg. On the way balik tu kami singgah makan malam sekali lagi dekat R&R Bukit Merah. Selesai menjamu selera kami gerak balik dan sampai rumah pukul 10 malam. Penatnya badan walaupun jadi co-pilot hehe...

Posted by ManjaBaby at 7/19/2010 09:53:00 AM 0 comments
Saturday, July 17, 2010
Le Tour de Kuala Lumpur...
As salam n salam 1 Malaysia...
Dah lama rasanya Baby tak ambil cuti. Dok asyik kumpul je. Minggu lepas Baby dah penat sangat so Baby ambil cuti bermula dari hari Jumaat sampai hari Isnin. Puas ooo cuti sambil dapat berjalan-jalan hehe...
Jumaat 9 Julai 2010
Baby bangun pagi ni dari hari-hari biasa. Nak pergi kerja pun Baby tak bangun seawal ini hehe.. Baby dah siapkan beg baju Baby, so Baby pun siapkan la diri Baby pulak. Baby perlu pergi ke Stesyen Bas Sementara Butterworth. Bas Baby pukul 9 ke Kuala Lumpur. Baby mintak adik Baby yang tolong hantarkan.
Tunggu punya tunggu, bas tak jugak mai ni. Baby ingat dah terlepas bas ke apa ke. Rupanya bas tu rosak. Nasib la bas dari Sungai Nibong mai ambil penumpang dari Butterworth. Tu pun lewat gak la Baby naik bas pun, kul 9.30 baru dapat naik. Takpe lah lambat pun janji dapat naik bas.
Baby sampai Kuala Lumpur lebih kurang jam 2.10 petang. Dari Stesyen Bas Jalan Duta Baby gerak ke hotel penginapan Baby, Cititel. Baby check-in, kemudian turun ke Midvalley beli barang keperluan sebelum naik bilik hotel untuk berehat. Penat la jugak ye naik bas ni, sakit-sakit badan Baby hehe..
Baby dah berehat siap-siap kemudian Baby turun bawah shopping kat Midvalley dan The Gardens. Lepas shopping Baby gerak ke Yankies Hut untuk makan malam. Macam-macam jugak Baby order dan yang paling penting ada ikan bakar dan air asam. Favourite Baby tu hehe. Selepas Baby makan malam, Baby pergi ke Alamanda Putrajaya. Saja jalan-jalan kat Alamanda, syok jugak kan. Kemudian Baby pergi ke Dataran Putra dan pusing-pusing Putrajaya. Memang cantik la Putrajaya ke bangunan nya, pencahayaan nya lagi. Badan Baby pun dah penat, so Baby pun gerak la balik ke hotel Baby untuk berehat sebelum bermula nya hari esok.
Sabtu 10 Julai 2010
Untuk hari ini, Baby breakfast di Mcdonald Midvalley. Selepas breakfast Baby gerak ke destinasi pertama iaitu Taman Burung Kuala Lumpur. Syok jugak taman burung ini. burung-burung terbang n bebas bergerak. Ramai la jugak orang yang datang pada hari tersebut. Ramai pak mak arab je hehe. Kemudian dari taman burung Baby pergi ke Sogo dan Jakel untuk shopping. Al maklum lah puasa dan raya semakin dekat so elok la buat persiapan awal apa yang patut. Baby lunch kat food court Sogo je. Lepas lunch Baby pulang ke hotel untuk berehat sebelum sesi kedua pulak.
Untuk sesi kedua ni, Baby pergi ke KL Tower. Masa Baby sampai tu hujan la plak. Pemandangan jadi terhad sebab kabus tebal selepas hujan. Tapi takpe ada jugak pemandangan KL yang Baby dapat tengok. Turun dari KL Tower, Baby pergi zoo mini, naik kuda dan F1 simulator.
Dari KL Tower Baby menuju ke Suria KLCC. Baby pergi sana untuk window shopping je bukan nak beli apa pun. Baby dinner kat Madam Kwan's restaurant. Penuh masa Baby sampai tu. Baby kena tunggu dekat 15minit baru Baby dapat masuk. Baby order nasi apa ke nama nya Baby pun dah lupa, ada ayam rendang daging dan sambal udang. Sedapppp hehe. Lepas dinner Baby pun gerak la balik ke hotel untuk berehat dan zzzzzz....
Ahad 11 Julai 2010
Pagi ahad ni Baby bangun awal, siap-siap untuk pergi ke Putrajaya, ambil gambar sikit kat Putrajaya. Selepas itu Baby mula gerak ke Ikea di Mutiara Damansara. Baby nak tengok dan beli barang-barang untuk rumah Baby. Baby beli lampu jenis tiang tu kemudian beli cermin untuk hiasan rumah.
Dah puas shopping kat Ikea, perut lapar la plak dok nyanyi lagu rock dah ni. Baby pun jalan la pergi ke The Curve, seberang jalan je pun. Pusing punya pusing last nya Baby makan kat Kenny Rogers Roasters. Baby makan quater chicken with 3 side dishes. Kenyang la jugak Baby makan set tu. Dah siap makan Baby pun jalan-jalan jap dalam The Curve. Tengok jam pun dah pukul 4, Baby pun gerak la balik ke Penang. Baby sampai Penang pukul 8 malam. Penat nye...

Posted by ManjaBaby at 7/17/2010 08:16:00 PM 0 comments
Wednesday, July 7, 2010
Pusat Hiburan Keluarga...
Hi semua.. Apa khabar? Dah lama jugak ye Baby tak update blog Baby ni. Almaklumlah masa tak mengizinkan hehe..
Hari ini office Baby tak bagi cuti pada semua staff, kena la jugak mai kerja. Sedangkan orang lain seronok je berehat dekat rumah. Hari ini cuti Georgetown Bandar Warisan Dunia jadi satu Penang cuti.
Lunch tadi Baby tak tau nak makan apa, mula-mula aida kata tak nak pergi lunch. Baby dah jadi tak tahu nak makan apa ni sorang-sorang. Nasib la last minute Aida kata nak pergi lunch sama Baby. Selamat Baby ada gak geng nak lunch sama.
Lepas lunch, tengok jam pun awal lagi kami pun jalan-jalan la kat pusat hiburan tempat mainan kat sini. Saja je pegang-pegang wat gaya macam main tapi tak main pun. Segan nak main hehehe...

Posted by ManjaBaby at 7/07/2010 01:24:00 PM 0 comments