BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 8, 2010

Video - Baby {Yang Terindah}

Sunday, September 5, 2010

Persiapan Hari Raya..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua..
Lama juga Baby tak update blog Baby ni ye hehe.. Takde event yang menarik tu yang tak update blog..

Ok untuk kali ini, Baby nak ceritakan sikit tentang persiapan raya Baby. Almaklumlah kan raya pun dah dekat. Baby buat persiapan ala kadar aje..

Sabtu, 28 Ogos..







Pada hari ini, Baby berkesempatan pergi ke Kuala Lumpur lagi. Kalau dulu Baby pergi untuk bersiar-siar tapi kali ini lebih kepada shopping. Baby naik bas dari stesyen bas. Perajalanan ambil masa 4jam 30 minit juga. Yang buat lambatnya masa nak masuk KL la, punya la jam tak ingat punya. Cuti kan ramai la ambil kesempatan shopping.

Sampai di Hentian Jalan Duta, Baby terus gerak ke Quality Hotel City Centre. Baby sampai rehat-rehat sekejap sebelum keluar untuk shopping. Tempat pertama yang dituju Sogo la apalagi sebab dekat je dengan hotel Baby. Masuk-masuk je Sogo punya la ramai orang. Nak jalan pun susah tu belum nak pilih dan beli barang. Baby pilih dan beli apa yang patut terus balik ke hotel. Tak tahan dan lemas dengan suasana yang ramai orang tu.

Sampai di hotel, Baby terus bersiap untuk berbuka puasa. Kali ini Baby berbuka puasa di The Benteng Quality Hotel. Baby ambil buffet Ramadhan. Penagacara majlis malam tu ialah Dee. Baby turun ke The Benteng pada jam 6.40 petang. Pukul 7 malam masing-masing dah bangun untuk mengambil juadah berbuka. Semua tempat full pada malam tersebut. Macam-macam hidangan Baby ambil, ada satay nasi beriani, tauhu sumbat, kuey tiaow dan macam-malam lagi la. Memang banyak Baby makan pada malam tersebut. Baby tak tunggu sampai habis program walaupun ada cabutan bertuah yang diadakan. Baby terus menuju ke Jalan TAR selepas berbuka. Punya la ramai orang. Baby tengok-tengok je kemudian Baby terus balik ke hotel penginapan untuk berehat.

Ahad, 29 Ogos...








Baby bersahur pada jam 4.30 pagi, makan dekat coffee house bawah hotel tu je sebab dah termasuk package kan, makan aje la hehe...

Program pada hari ini, Baby dah siap-siap dan pada jam 10 pagi Baby pun gerak la menuju ke Midvalley Megamall. Saja gerak awal sikit sebab takut takde parking, jalan jam dan orang pun tak ramai sangat. Selepas dapat apa yang Baby mahukan, Baby gerak ke Alamanda Putrajaya pulak. Baby sampai sana pada jam 2 lebih la lebih kurang. Dekat Alamanda ni orang tak la ramai sangat.

Sekitar jam 5 petang, Baby pun gerak keluar dari Alamanda menuju ke Setiawangsa pulak. Baby dah booking buffet berbuka dekat Sekinchan Ikan Bakar. Ala tempat tu dah 2 kali keluar kat program Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 tu hehe... Dah nama pun buffet. Baby ambil banyak jugak ikan bakar, favourite Baby tu. Ada sotong dan udang bakar jugak. Lauk pauk yang lain pun ada. Penuh meja jugak la Baby ambil hehe..

Selepas selesai berbuka, Baby terus menuju ke KLCC. Dah dekat pun tempat tu dengan KLCC, alang-alang terus je la pergi kan. Kat KLCC Baby leih pada window shopping je sebab kaki dan badan dah penat, tak larat dah. Lepas keluar dari KLCC, Baby pun gerak balik ke hotel untuk berehat.

Isnin 30 Ogos...







Hari ini Baby dah nak balik, Baby check out hotel pada jam 11 pagi. Baby terus menuju ke Kajang untuk pergi ke Butik DzulldeClassique untuk ambil baju raya yang ditempah sebelum ini. Kemudian Baby pergi Metro Kajang dan Kompleks Diamond Bangi.

Dah selesai semua, Baby gerak ke Sunway Pyramid. Baby jalan-jalan dalam Sunway Pyramid sampai terlupa nak book tempat berbuka. Mula-mula plan nak makan kat Kenny Roger's, elok sampai je tempat dah full. Baby jalan-jalan lagi cari tempat dan akhirnya dapat la tempat kat Secret Recipe. Selepas book tempat dan ambil order Baby sambung jalan-jalan sementara menanti waktu berbuka.

Selepas berbuka Baby sambung ronda-ronda dalam Sunway Pyramid nak pilih kasut ni. Kasut yang diidamkan belum dapat lagi, gerammmnyaaaaa... Sampai jam 10 malam kasut yang Baby inginkan belum juga dapat. Masa dah semakin lewat, Baby nak gerak balik Penang ni. Mengantuk tu memang la tapi kena jugak balik malam ni. Baby sampai penang pada jam 4 pagi terus bersahur kat KFC. Lepas bersahur Baby terus balik rumah.

Selasa, 31 Ogos...



Cuti Merdeka arini, Baby pergi ke Sungai Petani saja jalan-jalan tengok apa yang ada. Baby pergi Sg Petani Square dan Tesco. Selepas balik dari Sg Petani, Baby terus menuju ke area Bayan Lepas untuk berbuka. Baby berbuka dekat area Marin medan ikan bakar. Kat situ pun kena book awal. Kalu tak jawabnya memang takde tempat la jawabnya. Nasib Baby book awal. Selepas selesai berbuka, Baby pergi ke Jusco pulak. Saja jalan-jalan hehe..