Sambutan birthday baby pada tahun 2009, baby sambut di office lama baby je. Masa tu baby tak tau pun kawan2 office baby merancang buat suprise birthday party untuk baby. Dalam tengah2 kawan2 office baby buat persiapan, tiba2 datang delivery hantar sejambak bunga dan kek birthday baby. Terkejut baby pada masa tu hehehe...
Nak dijadikan cerita, ada la seorang staff office bawah naik ke atas, baby pun pesan la pada staff tu jangan lupa ajak kawan staff yang di bawah naik atas potong kek. Pada masa itulah terbocornya rahsia dari mulut staff itu sendiri yang kawan2 staff baby yang lain tengah merancang buat suprise birthday party untuk baby di office bawah hehehe... Patut la semua pakat takde dekat office atas. Jadi masa turun ke bawah tu baby buat2 la yang baby terkejut, padahal baby dah tahu dulu hehehe...
Selepas habis potong kek di office bawah, semua pakat naik ke office atas untuk potong kek yang kedua plak hehe...
Pada birthday baby 2009 baby mendapat 2 kek, dua-dua kek sedap, kek coklat hehehe...
